Calon Pakatan Harapan bagi PRK DUN Balakong, Wong Siew Ki menjelaskan, kaunter tersebut mula dibuka hari ini dan akan dikendalikan sukarelawan parti tersebut.

"Sepanjang berkempen saya dapati hampir 50 peratus pengundi tidak mengetahui lokasi pusat mengundi mereka.

"Sebab itu kita ambil inisiatif memudahkan mereka memeriksa lokasi serta saluran untuk mengundi Sabtu ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kampung Baru Sungai Chua, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE