MARIA CHIN

Beliau berkata pakatan itu perlu berbincang dengan Maria terlebih dahulu memandangkan mereka masih belum memutuskan mengenai perkara itu.

"Apa yang kami tak mahu lihat adalah pertandingan tiga penjuru menjadi empat penjuru, lima penjuru dan enam penjuru kerana ia hanya akan memecahkan undi, dan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Maria, mengesahkan perletakan jawatan sebagai pengerusi Bersih 2.0 hari ini, dan akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen di bawah tiket Pakatan Harapan pada PRU14.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir juga berkata kekayaan anak-anaknya adalah atas usaha mereka sendiri.

"Jika mereka kaya sekarang, itu adalah atas usaha mereka, mereka berhak menjadi kaya jika boleh menjadi kaya, namun beberapa saudara saya miskin seperti tikus dalam gereja.

Saya tidak boleh halang mereka (anak-anak) daripada berniaga, kerana kadang-kadang mereka gagal, tetapi tidak dilaporkan namun apabila mereka berjaya, macam orang lain juga, kalau dapat peluang daripada kerajaan, (mereka) gagal, tidak disebut. Namun bagi mereka yang mendapat (peluang itu) dan berjaya , itu satu berita," katanya. - BERNAMA