HAMZAH ZAINUDDIN
HAMZAH ZAINUDDIN

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Tun Dr. Mahathir Mohamad misalnya mempunyai niat melantik anaknya menjadi Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berjuang untuk bebas daripada penjara dan DAP pula hanya mahu menjatuhkan Melayu.


“Bagaimana mereka hendak memerintah kerana sehingga kini masih lagi gagal menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri kerana kita yakin Dr. Mahathir sama sekali tidak akan membenarkan Anwar memegang jawatan tersebut dan akhirnya mereka menjadi pemain (diperalat) DAP,” katanya ketika berucap pada Persidangan Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini hari ini.


Yang turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian, Datuk Habibah Mohd.Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Samsudin Lias dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak.-UTSAN ONLINE