Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, penstrukturan semula Paip membolehkan hutang sebanyak RM2.2 bilion itu dilupuskan dan bertukar kepada status geran atau peruntukan.

“Kita tiada masalah untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM3.2 bilion kepada kerajaan Pusat kerana kira-kira RM2.2 bilion adalah bayaran berkaitan bekalan air.

“Baki sebanyak RM 1bilion diselesaikan pula secara berperingkat termasuk menerusi proses rundingan dengan Pusat bagi melupuskan sebilangan atas beberapa faktor seperti pinjaman RM200 juta untuk prasarana Sukan Malaysia (Sukma) 2012,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE