ASYRAF WAJDI DUSUKI
ASYRAF WAJDI DUSUKI

Tambahan pula, selama ini Ketua Menteri, Lim Guan Eng sering mendabik dada dan berbangga kononnya mereka sentiasa membela rakyat dan menjaga kebajikan 1,506 guru-guru KAFA di negeri ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asy­raf Wajdi Dusuki berkata, desakan itu bukan dibuat atas dasar politik tetapi demi menjaga kebajikan guru-guru KAFA.

Katanya, tambahan RM50 sebulan kepada elaun RM900 yang diberikan kerajaan Pusat tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan guru-guru KAFA yang kebanyakannya hanya bergantung kepada elaun itu sebagai punca pendapatan.

“Sekarang elaun mereka adalah RM900 selepas dinaikkan sebanyak RM100 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat Oktober tahun lalu.

“Kalau boleh kerajaan Pulau Pinang pun boleh ikut macam kerajaan Pusat berikan dan nilai­nya biarlah munasabah selari dengan kos sara hidup sekarang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Menandatangani Kontrak Guru-guru KAFA Pulau Pinang di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, guru-guru KAFA memainkan peranan besar sebagai tunjang untuk mendidik anak bangsa tentang jati diri sebagai seorang Muslim dan menjadi insan yang terbaik.

Oleh itu katanya, peranan mereka harus dihargai dan sumbangan mereka dibalas setimpal dengan kadar elaun yang munasabah dan berpatutan dengan tuntutan semasa.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi menjelaskan, Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) tidak perlu dijadikan polemik dan modal politik kerana ia sama sekali tidak bertentangan de­ngan Perlembagaan Persekutuan.