Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika mengumumkan perkara itu berkata, nilai yang dipotong itu akan disalur terus ke dalam Tabung Harapan yang diperkenalkan di peringkat kerajaan Pusat.

“Berikutan keputusan itu, gaji pokok Ketua Menteri akan dipotong sebanyak RM1,417.51 sebulan manakala gaji 10 ahli MMK pula akan dipotong sebanyak RM1,210.92 tiap seorang.

“Ini menjadikan jumlah sumbangan keseluruhan (Kerajaan PH Pulau Pinang) kepada Tabung Harapan ialah sebanyak RM13,526.80 sebulan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE