Mereka berjaya memenangi 11 daripada 13 kerusi Parlimen serta 37 daripada 40 kerusi DUN.

Dua kerusi yang gagal ditawan gabungan pembangkang PKR adalah Kepala Batas selepas calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berjaya menewaskan calon PKR dan Pas dengan majoriti 4736 undi.

Reezal Merican memperoleh sebanyak 22,459 menewaskan calon PKR, Dr. Zaidi Zakaria daripada PKR (17,723) dan calon Pas, Siti Mastura Muhammad (12,120).

Satu lagi kerusi Parlimen yang dimenangi BN adalah Tasek Gelugor apabila calonnya Datuk Shabudin Yahaya menang dengan majoriti 81 undi.

Shabudin memperoleh sebanyak 18,547 undi manakala calon PKR, Marzuki Yahya (18,466) dan calon Pas, Rizal Hafiz Ruslan (14,891).

Bagi kerusi DUN pula, BN berjaya mempertahankan kerusi Permatang Berangan dengan majoriti 646 undi selepas calonnya, Nor Hafizah Othman mendapat 6,870 undi.

Satu lagi DUN yang berjaya dipertahankan BN adalah Sungai Dua selepas calonnya, Datuk Muhammad Yusoff memperoleh 7,314 undi manakala Pas, (5,380) dan PKR, Yusri Isahak (5,115).

Pas pula berjaya memenangi satu kerusi DUN menerusi kemenangan Mohd. Yusni Mat Piah dalam pertarungan satu lawan satu dengan calon BN, Mohd. Zain Ahmad.

Kerusi tumpuan iaitu Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar diumum menang dengan undian sebanyak 35,534 menewaskan  Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said (BN) 19,866 dan Pas, Afnan  Hamimi Taib Azzamuddin (14,428).

Pada PRU13, DAP memenangi semua 19 kerusi DUN yang ditandinginya, PKR menang 10 kerusi daripada 16 kerusi ditandingi, PAS (1) dan Barisan Nasional (10). - UTUSAN ONLINE