MAHATHIR
MAHATHIR MOHAMAD

Ironi sekali selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, kawasan itu tidak pernah dipandangnya walaupun sebelah mata, kerana jika beliau begitu prihatin dengan penduduk Pulau Tuba ketika itu kehidupan mereka tentu sudah jauh berubah.

Barangkali juga tidak seperti Langkawi, Pulau Tuba dilihat tidak menguntungkan dulu untuk dikomersialkan lantas diketepikan pemimpin yang bersekongkol dengan DAP itu kini walaupun pernah didakwanya parti rasis dulu.

Adakah kerana Pulau Tuba ketika ini sudah membangun seiring dengan pembangunan Langkawi tidak seperti dulu bekalan air dan elektrik pun bermasalah?

Tentu sekali hari ini Pulau Tuba sudah banyak berubah dengan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Andai dulu bekalan elektrik pun tidak stabil kerana gangguan boleh berlaku bila-bila masa memandangkan sumber bergantung janakuasa apatah lagi sistem telekomunikasi di situ namun kini ia jauh lebih baik.

Apa yang lebih penting kerajaan BN menunaikan janji untuk membangunkan kawasan itu yang dihuni 5,000 penduduk rata-ratanya nelayan.

Pembangunan infrastruktur termasuk penyediaan dua kabel dasar laut yang bernilai RM46 juta diwujudkan sejak 2012 berkat keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Itu juga sudah ditunaikan bagi membolehkan penduduk Pulau Tuba hidup selesa.

Dengan kemudahan itu penduduk di Pulau Tuba kini mendapat bekalan elektrik 24 jam tanpa gangguan.

Begitu juga pelbagai kemudahan lain yang diumumkan seiring dengan pembangunan di Langkawi.

Pelbagai kemudahan tersebut yang banyak seharusnya dihargai oleh penduduk terutama pengundi sekali gus memterjemahkannya kepada undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pengerusi PPBM yang dibubar sementara itu pula sebelum ini bukan sahaja memperkecilkan usaha kerajaan membantu penduduk Pulau Tuba malah menabur fitnah dengan mendakwa pembangunan infrastruktur di Pulau Tuba menggunakan duit haram.
 
Jelas sekali hipokrasi pemimpin itu semakin menyerlah dengan pertualangan bersama DAP yang pernah menggelarnya sebagai Maha Firaun dahulu.