Timbalan Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir berkata, draf itu yang dilakukan Opinio Juris atau International Law Juris dibuat dengan kekuatan 1,000 ahli itu,dijangka siap tahun depan.

Katanya draf itu akan diserahkan ke Majlis Keselamatan untuk diambil tindakan lanjut dan mempertimbangkan Trump sebagai penjenayah perang.

“Trump melanggar empat undang-undang antarabangsa termasuk mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel tanpa merujuk deklarasi-deklarasi atau perjanjian yang termeterai sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas menjadi panel Bicara Persada ke-41, Trump vs Dunia (Baitulmaqdis milik siapa?) di Canselori, UKM dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Baitulmaqdis Kesatuan Ulama Dunia,Dr. Muraweh Musa Nassar. -UTUSAN ONLINE