Keseronokan itu pula dice­ritakan kepada generasi muda. Ayah bercerita kepada anak, datuk kepada cucu, abang kepada adik. Dan kerana kekaguman itu, yang muda lazimnya menelan bulat nostalgia tersebut.

Mungkin kerana sifat timur, yang muda tidak akan mempersoalkan yang tua. Mereka juga berasa seronok.

Hakikat tersebut yang me­landa generasi muda pada masa kini di negara ini. Mereka amat terpengaruh dengan cerita-cerita lama terutama ketika zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad biarpun pada ketika itu kebanyakannya masih belum dilahirkan.

Anak muda bertambah seronok apabila keseronokan itu ditambah dengan harapan palsu untuk mencapai bintang di langit.

Kerana itu juga mereka tidak berterima kasih dengan apa yang dinikmati hari ini dan terus mengkritik secara membabi buta.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengambil langkah yang amat tepat apabila mengingatkan generasi muda supaya menilai dan mengkaji secara teliti nostalgia lama dengan menggunakan akal dan ilmu.

Pun begitu, janganlah sama sekali hilang rasa hormat kepada generasi lama kerana budi dan jasa mereka tetap besar kepada kita.