Noraini Ahmad
NORAINI

Ketua Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong itu mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Utusan Online, sebentar tadi.

“Ya, saya akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO nanti,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Noraini juga merupakan Pengerusi Ahli Parlimen Wanita Komanwel (CWP) dan pernah menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia pada 2008 hingga 2013 selain menyandang jawatan Ahli Parlimen Parit Sulong selama tiga penggal. - UTUSAN ONLINE