Noraini berjaya menewaskan dua pencabarnya bagi jawatan Ketua Wanita UMNO sementara Asyraf Wajdi yang menghadapi saingan sengit lapan calon lain berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Zahida yang juga bekas Naib Ketua Puteri UMNO pula menewaskan Nor Hazreena Mohamad Hashim bagi jawatan Ketua Puteri.

Keputusan rasmi tersebut telah diumumkan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dalam sidang akhbar di Menara Dato’ Onn, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE