ADUN Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh
ADUN Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, semua pihak akur dengan keputusan beliau untuk mengundur diri dalam arena politik atas faktor kesihatan.

“Selaku wakil rakyat dalam kerusi Parlimen Tanjung Manis kita menghargai sumbangan dan jasa Datuk Norah yang banyak membantu dalam membangunkan lagi kawasan ini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, semua pihak harus menghormati keputusan yang telah dibuat Datuk Norah yang mengumumkan mahu mengundur diri untuk tidak mempertahankan kerusi itu pada pilihan kali ini.

“Kita mendoakan agar beliau (Datuk Norah) terus diberikan kesihatan yang baik,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE