Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali
Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali

Beliau menegaskan tidak pernah bertemu dengan Anwar mahupun dihubungi oleh mana-mana individu untuk membincangkan perkara tersebut.

“Bukan saya. Saya tidak pernah bertemu dengannya (Anwar) dan tidak dihubungi oleh sesiapa pun.

“Setakat ini saya kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas dan fokus saya adalah kawasan Bagan Serai,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas tentang sebuah laporan portal berita yang mendakwa seorang Ahli Parlimen Bebas dari Perak bersedia menawarkan kerusi kepada Anwar. - UTUSAN ONLINE