Bagaimanapun Noh menyerahkan kepada pucuk pimpinan mengenai kedudukannya selaku Pengerusi Badan Perhubungan negeri ekoran prestasi buruk UMNO Selangor dalam pilihan raya umum lalu.

Sumber yang rapat dengan Noh mengesahkan perkara tersebut selepas cubaan menghubungi bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu gagal.

"Saya boleh mengesahkan bahawa Tan Sri akan bertanding Ahli Majlis Tertinggi, soal kedudukan lain dalam parti, Tan Sri serah kepada pucuk pimpinan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE