NIK OMAR NIK ABDUL AZIZ
NIK OMAR

Pengerusi PAN negeri, Wan Abd. Rahim Wan Abdullah berkata, setakat ini pihaknya tidak dimaklumkan lagi sebarang keputusan yang melibatkan rundingan beliau bersama keluarganya. 

“Saya tidak dimaklumkan lagi keputusan tersebut dan mungkin Nik Omar akan memberitahu Naib Presiden PAN, Husam Musa terus. Apapun keputusan yang dibuat, kita (PAN) terima dan tiada sebarang masalah. 

“Bahkan, isu ini juga bukan cerita baharu, Husam sudah lama buat tawaran kepada beliau. Sesiapa yang tuduh kita ambil kesempatan itu bermakna dia tidak mengikuti perkembangan semasa. 

“Husam sudah lama memberitahu kepada Pas supaya mengambil Nik Omar sebagai calon, kalau Pas tidak sudi, PAN bersedia calonkan beliau di kerusi DUN dan sekiranya menang, kita bersedia melantiknya sebagai Menteri Besar Kelantan bagi meneruskan legasi Tok Guru,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau mengulas mengenai keputusan Nik Omar yang akan menyertai PAN hari ini dan menerima tawaran parti itu untuk bertanding di bawah tiket PAN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

Sementara itu, usaha Utusan Online untuk mendapatkan maklum balas daripada Nik Omar dan keluarganyq gagal. -UTUSAN ONLINE