MOHD. SHARKAR SHAMSUDDIN
MOHD. SHARKAR SHAMSUDDIN

Jadi, perkara itu sepatutnya menjadi penanda aras buat seluruh masyarakat negara ini agar tidak terus menoleh ke belakang dan sekali lagi mengangkat pemimpin lama bagi meneraju negara lebih-lebih lagi beliau berdiri atas tiket parti pembangkang.

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih (KDP) UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, pemimpin sebegini boleh disamakan dengan ‘kepala’ yang tidak boleh lagi menyerap apa-apa pembaharuan malah lebih parah membantutkan perubahan yang sepatutnya membawa kesenangan kepada masyarakat.

“Sekarang zaman sudah berubah, kemudahan pun banyak bertukar kepada digital. Jadi, kita sepatutnya berpendirian sebegitu juga iaitu memilih pemimpin yang relevan dan tidak sama sekali kembali kepada pemimpin lama yang tetap cenderung mengguna pakai taktik lamanya dalam membangunkan negara.

“Kita perlukan kekuatan baharu yang mampu memperjuangkan setiap agenda rakyat. Mereka ini bukan sekadar boleh mengikuti perkembangan semasa malah pendekatannya menyelami keluh kesah masyarakat juga sangat berlainan caranya iaitu mengikut realiti yang sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.