Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz antara pemimpin yang tidak akan hadir pada himpunan yang membabitkan penyertaan ahli Pas dan UMNO itu.

Jelas beliau, konvensyen antarabangsa itu tidak akan diratifikasikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), jadi tiada isu untuk mana-mana pihak menganjurkan himpunan tersebut.

“Tiada lagi isu, saya tidak akan hadir (himpunan). Saya sangat fokus dengan apa yang saya mahukan daripada kerajaan. Saya tidak akan hadir, saya gembira.

“Kerajaan sudah menarik balik keputusan untuk meratifikasi (ICERD), iaitu telah dilakukan. Kamu tidak percaya Perdana Menteri, siapa yang boleh kamu percaya?” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. - UTUSAN ONLINE.