Nazran, 57, menggantikan Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat yang akan bersara pada 14 April ini. Mohd. Faudzi memegang jawatan tersebut sejak 1 Januari 2014.

Majlis serah terima tugas antara mereka berdua berlangsung di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari dan disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah. - UTUSAN ONLINE