Najib berkata, selama 27 tahun IPF telah bergerak berganding bahu bersama BN terutama di peringkat akar umbi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

“Parti IPF memang bekerja keras untuk kemenangan BN selama ini dan saya juga yakin semua ahli IPF akan terus menyokong dan memberi undi kepada calon BN.

“Sokongan dan kesetiaan IPF amat dihargai dan saya percaya IPF akan terus berjuang bagi menjamin kemenangan besar untuk BN,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti IPF ke-25 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden IPF, Datuk M. Sambanthan, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - UTUSAN ONLINE