Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dua Perdana Menteri sebelum Najib iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah diselubungi isu tertentu dan meletak jawatan bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.

"Jika letak jawatan, nanti orang baharu yang naik jadi Perdana Menteri pula akan dikaitkan dengan pelbagai masalah, jadi isu ini sentiasa berulang dan tidak pernah selesai.

"Budaya seperti ini, iaitu menurunkan beberapa pemimpin disebabkan masalah yang timbul adalah budaya politik yang memalukan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini. - BERNAMA