Prosiding sebutan semula kes melibatkan tujuh pertuduhan berkaitan menerima wang hasil daripada aktiviti haram, pecah amanah dan salah guna jawatan itu akan disebut di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali.

Ketibaan Ahli Parlimen Pekan bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut dengan laungan 'Hidup Najib' oleh kira-kira 50 penyokongnya.

Najib, 65, sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram melibatkan dana RM42 juta berkenaan SRC International Sdn. Bhd.

Beliau juga membuat pengakuan sama terhadap tiga pertuduhan pindaan berkaitan kesalahan pecah amanah dan satu pertuduhan pindaan kes salah guna jawatan untuk kepentingan peribadi melibatkan dan dana dan syarikat sama. - UTUSAN ONLINE