Bukan satu, sebaliknya dua gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Gambar pertama menampilkan beliau berseorangan dengan jubah konvokesyen dan topi siswazah manakala satu lagi gambar menunjukkan beliau bersama adik dan ibunya.

“Agak ‘old school’ tapi inilah foto dari majlis graduasi saya pada tahun 1974. Saya turut bersama bonda, Tun Rahah dan adik saya, Johari.

“Terima kasih anak saya Ashman. Ashman habiskan masa kira-kira satu jam untuk mencari gambar-gambar yang sudah berusia 45 tahun ini dari rumah bonda saya,” katanya.

Najib turut mengulas gaya rambutnya yang dilihat jauh berbeza berbanding imejnya kini.

Kata Najib, gaya rambut gondrong yang digayakannya ketika itu memang menjadi ikutan pada masa itu.

“Masa itu, saya nampak cool (bergaya) sebab trend (ikutan) masa itu di England memang berambut panjang. Ok, saya mengaku saya juga terpengaruh masa itu. #MaluApaBossku,” katanya. - UTUSAN ONLINE