RAFIZI RAMLI
RAFIZI RAMLI

Penarikan balik saman itu disahkan oleh Rafizi yang memuat naik komen mengenai perkara tersebut di laman Twitter, hari ini.

“Peguam saya, Razlan Hadri baru telefon memaklumkan DS @NajibRazak dan DS Rosmah Mansor telah menarik balik saman terhadap saya berkenaan isu penghapusan subsidi, cincin dan lain-lain.

“Ini kes yang sebelum ini banyak menuduh saya kononnya berkata ‘saya bergurau saja’,” katanya dalam laman Twitter miliknya hari ini.

Saman terhadap Rafizi difailkan pada 16 Mac 2015 oleh Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, peguam mewakili Najib dan Rosmah.

Dalam pernyataan tuntutan, bekas Perdana Menteri dan isterinya berkata, Rafizi mengucapkan kata-kata fitnah berkaitan kenaikan harga bahan api dan cincin permata merah jambu dalam forum di Bandar Tun Razak pada 22 November 2014. - UTUSAN ONLINE