Najib berkata, nampaknya Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak dapat membersihkan namanya tetapi pemimpin DAP itu mampu berbuat demikian.

"Najib tidak bunuh Beng Hock," kata Kit Siang hari ini melalui akaun twitter miliknya.

"Bukan main lama. Hanya 10 tahun sahaja, jentera dan propaganda DAP meletakkan nama dan gambar saya bersama dengan mendiang Beng Hock dan menuduh saya sebagai pembunuhnya. Mengapa Kit Siang dari dulu tidak berkata demikian?," kata Najib menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Kit Siang menerusi Twitter hari ini menyebut, Najib tidak membunuh Beng Hock, namun kerajaan Najib perlu bertanggungjawab ke atas kematian lelaki tersebut. - UTUSAN ONLINE