Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, keadaan itu berlaku kerana terdapat isu-isu tertentu yang sering dimainkan dan diadu-domba untuk memecah­belahkan ahli-ahli parti.

Kata beliau, apa yang tidak di­sedari adalah tindakan tersebut bukan sahaja akan melemahkan parti malah menggadaikan maruah bangsa dan agama yang UMNO junjung selama ini.

“Alhamdulillah, berkat kurnia­an Ilahi jua, Perhimpunan Agung UMNO 2015 kali ini berlangsung dengan jayanya dan ditangguhkan sehingga ke sesi seterusnya tahun hadapan.

“Sebelum bermulanya perhimpunan, sebelum semua perwakilan berkumpul untuk bersidang, berbahas dan membincangkan usul, saya sedar dan saya juga dapat rasai bahawa suasananya, suhunya lain daripada perhimpunan-perhimpunan sebelum ini,” katanya menerusi blog miliknya malam ini.