Pada majlis itu, Najib yang juga Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia telah menandatangani papan karikatur Survival Muslim Rohingya sebagai simbolik perasmian pameran.

Pameran tersebut berlangsung selama lima hari bermula semalam sehingga 9 Disember ini sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Yang turut hadir, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Md.Zin dan Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia, Datuk Mohd. Yusof Din. - UTUSAN ONLINE