Upacara bermula pada kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan dengan kenderaan yang membawa Najib diiringi pasukan berkuda polis dari hotel penginapan menuju istana Presiden.

Sebaik sahaja tiba, beliau disambut dengan tarian tradisional, Kandian sebelum diperkenalkan kepada Sirisena oleh Setiausaha kepada Presiden Sri Lanka, Austin Fernando.

Perdana Menteri kemudian memeriksa perbarisan tentera diiringi 21 das tembakan meriam.

Najib dan Sirisena kemudian mengadakan pertemuan empat mata selama kira-kira 30 minit.

Mereka seterusnya menyertai mesyuarat bilateral dengan delegasi kedua-dua negara selama kira-kira sejam sebelum menyaksikan tiga pemeteraian memorandum persefahaman (MoU). - UTUSAN ONLINE