Ahli Parlimen Pekan itu memberitahu, beliau akan berada di sebuah restoran masakaan tomyam di Bandar Sri Sendayan pada pukul 9.30 malam ini.

“Ada siapa-siapa mengidam nak makan tomyam? malam ini, jom! Saya nak pergi Shamiera Tomyam di Bandar Sri Sendayan, 9.30 malam nanti.

“11.00 malam pula saya nak turun bersama jentera BN jumpa penduduk di Bilik Gerakan PDM Sendayan di Felda Sendayan,” katanya menerusi akan Facebook miliknya hari ini.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menjadi calon mewakili parti itu pada PRK Rantau yang diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, yang mengisytiharkan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), terbatal dan tidak sah.

Hari mengundi awal bagi PRK DUN Rantau ditetapkan pada 9 April manakala hari mengundi pada 13 April. - UTUSAN ONLINE