Mereka ialah Datuk Abdul Rahman Mohamad di Lipis, Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), Datuk Seri Ismail Ab. Muttalib (Maran), Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Seri Liow Tiong Lai (Bentong), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera) dan Datuk Seri Hasan Ariffin di Rompin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula bakal mempertahankan kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak 1976.

Bagi satu lagi kerusi yang dimenangi BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) iaitu Cameron Highlands, parti itu mempertaruhkan muka baharu dengan meletakkan Ketua Pemuda MIC, Datuk C. Sivarraajh sebagai calon mereka di situ.

Kerusi Parlimen Paya Besar yang turut dikuasai BN sebelum kosong berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail pula ditandingi oleh Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd. Shahar Abdullah.

Muka-muka baharu lain yang dibawa masuk untuk bertanding di kerusi Parlimen kali ini ialah Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun di kerusi Parlimen Raub dan Pegawai Khas Menteri Pengangkutan, Datuk Andrew Wong Kean di Kuantan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin yang juga penyandang kerusi DUN Lanchang pula ‘beralih angin’ apabila diletakkan bertanding di Parlimen Temerloh.

Beliau menjadi calon tunggal yang bertanding di dua kerusi di negeri ini apabila turut diletakkan di DUN Lanchang.

BN turut mempertaruhkan seorang doktor perubatan, Datuk Dr. Johan Mat Sah yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Indera Mahkota untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Indera Mahkota.

Persaingan merebut kerusi berkenaan antara yang menarik untuk diketahui kesudahannya apabila Pas mengumumkan Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan bertanding di kerusi itu manakala PKR dikatakan meletakkan bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sebagai calon mereka.

Negeri ini mempunyai 14 kerusi Parlimen dan 42 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Senarai calon BN Pahang itu diumumkan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob dalam satu majlis khas di Kompleks Yayasan Pahang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE