Kehadiran bekas Perdana Menteri itu bukan sahaja disambut baik malah kemunculannya dinanti-nantikan oleh para pe­ngundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Jadi tidak hairan Najib dilihat kini menjadi senjata ampuh buat BN untuk menarik sokongan pengundi khususnya peneroka Felda dan masyarakat Orang Asli yang telah banyak mene­rima pelbagai bantuan semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Kini dalam saat-saat akhir kempen yang berbaki dua hari lagi ‘bantuan’ Najib sekali lagi dituntut dan beliau kembali turun berkempen hari ini.

Semasa berada di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai, Najib berkata, beliau membuat keputusan turun padang selepas mendapat permintaan daripada pemimpin-pemimpin setempat dan juga orang ramai.

Namun ketika ditanya me­ngenai auranya yang semakin meningkat beliau tidak dapat memberikan jawapan sebalik­nya diminta bertanyakan kepada orang ramai.

Ramai berpendapat sambutan hangat yang diberikan kepada Najib adalah akibat manifestasi kesusahan hidup rakyat dan kegagalan Pakatan Harapan menunaikan janji.

Najib sendiri ketika berceramah di Kampung Lubok Kulit di sini menyatakan me­ne­rima banyak rungutan mengenai kesusahan rakyat pada masa ini.

Beliau turut berkongsi dua rangkap pantun yang diberikan oleh orang awam kepadanya.

Pahlawan Bugis gelaran diberi
Pergi Cameron memetik strawberi
Kejaguhan ‘bossku’ tidak terperi
Menentang pakatan kencing berdiri

Kalau hendak pergi meman­cing
Jangan lupa membawa um­pan
Kalau tak rasa serik dikencing
Undilah Pakatan Harapan