Perkara itu turut mendapat perhatian Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersimpati melihatkan nasib menimpa pemimpin veteren DAP tersebut.


“Agak menyedihkan apabila melihat seorang ahli politik yang berprinsip, dilayan dengan buruk hanya kerana berpegang kepada kebenaran.


“Jika begitulah sikap DAP terhadap ahli sendiri, timbul persoalan adakah mereka akan melakukan perkara sama kepada rakan ‘sementara’ mereka sekiranya memegang kuasa,” kata Najib menerusi status dalam akaun Twitter beliau hari ini.


Seperti dijangka pada minggu lepas, DAP tidak mencalonkan Seng Giaw untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kepong yang disandangnya sejak lapan penggal lalu dalam PRU-14.


Keputusan itu dipercayai berkait rapat berhubung pendiriannya yang tidak sehaluan dengan kepemimpinan DAP berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Seng Giaw yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyatakan, Perdana Menteri tidak terlibat secara langsung dalam isu tersebut dan pendirian itu terus dipertahankannya sehingga kini. - UTUSAN ONLINE