Perdana Menteri yang menaiki perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dari KL Sentral, Kuala Lumpur tiba di Stesen Keretapi Tanjung Malim kira-kira pukul 9.30 pagi.

Kehadiran beliau disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan turut dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ahli Parlimen Tanjung Malim, Datuk Seri Ong Ka Chuan. 

Rombongan tetamu kenamaan kemudian menuju ke Medan Selera Tanjung Malim dengan menaiki bas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dari stesen kereta api tersebut.

Turut bersarapan di medan selera berkenaan ialah isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib seterusnya ke Kompleks Sukan Proton di Proton City dekat sini bagi menyempurnakan majlis pelancaran Kluster Automotif Nasional. - UTUSAN ONLINE