Mengikut jadual pergerakan Najib yang diterima oleh petugas media PRK di sini, beliau akan mengadakan program selama tiga hari di Cameron Highlands.

Beliau dijadual tiba di sini pada pukul 12.30 tengah hari esok dengan program pertama makan tengah hari bersama masyarakat di Kampung Raja kemudiannya solat Zohor di Masjid Kampung Raja, santai mesra di Pos Terisu dan majlis tahlil di Masjid Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata.

Pada Jumaat, Najib dijadual mengadakan program bersama masyarakat di Kampung Orang Asli Sungai Ruil, ramah mesra dengan masyarakat Orang Asli di Pos Telanuk, solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di Sungai Koyan, ramah mesra di Dewan Negeri Jelai di Dewan MPKK, Sungai Koyan 3 dan program santai mesra di Dataran Kampung Gahai.

Najib dijadual mengakhiri kempen BN pada Sabtu dengan program ramah mesra di Kampung Bukit Betong dan ramah mesra di Dewan Orang Ramai Kampung Keledek.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan Najib akan membantu kempen BN setelah mendapat permintaan daripada penduduk di sini. - UTUSAN ONLINE