LIM KIT SIANG
LIM KIT SIANG

Kit Siang menerusi satu kenyataannya di sini hari ini mempersoalkan, adakah ini bermakna laporan berita baru-baru ini berkaitan dengan penggeledahan dan penemuan lebih 100 kilogram emas (berharga lebih RM16 juta), wang tunai berjumlah RM1 bilion termasuk 72 beg wang dan perhiasan serta 300 kotak beg tangan (jenama mahal Hermes Birkin dalam julat harga enam hingga tujuh angka) semuanya fitnah?

Jika ya, soal Kit Siang, mengapa bekas Perdana Menteri itu tidak mengambil apa-apa tindakan untuk membela diri?

Apa yang paling mengejutkan ialah lebih daripada sepuluh hari selepas Pilihanraya Umum ke-14, Najib masih hidup dalam halusinasi sendiri dan bukankah sudah tiba masanya untuk Najib bangkit daripada berhalusinasi?

Sebenarnya, Najib dan pemimpin BN yang bersalah memfitnah dalam PRU lalu. Sambil memberi contoh wawancara TV3 pada malam 7 Mei lalu, Kit Siang mendakwa, Najib membuat tuntutan yang aneh dengan mengatakan, tidak ada orang Melayu yang hadir pada ceramah Pakatan Harapan dan sebahagian besar daripada mereka yang hadir adalah penyokong DAP dan sekaligus, tidak mungkin berlaku ‘tsunami Melayu’ pada PRU-14.

Siasatan ke atas skandal 1MDB yang telah mencacatkan reputasi Malaysia di mata antarabangsa sehingga diberi jolokan kleptokrasi global paling buruk seperti yang digambarkan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Jeneral Jeff Sessions.

Kit Siang berkata, jenayah pentadbiran Najib telah didedahkan secara lebih terbuka dan Najib telah hilang semua sokongan moral.

Dalam kenyataan itu juga, Kit Siang memberitahu, apa yang paling mengejutkan ialah lebih daripada 10 hari selepas PRU-14, Najib masih hidup dalam halusinasi sendiri dan bukankah, tekan Kit Siang, sudah tiba masanya Najib bangkit daripada berhalusinasi.

Rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui apa yang berlaku pada minggu terakhir Julai 2015 yang mana skandal 1MDB melanda, banyak khabar angin tentang amalan rasuah, pemecatan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, peletakan jawatan Tan Sri Mohamad Apandi Ali, pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, SPRM dan Bank Negara telah dipadam dan dijinakkan dengan pembubaran Pasukan Petugas Khas berkuat kuasa empat Tan Sri dalam 1MDB,- UTUSAN ONLINE