Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, tulisan di atas kain rentang berkenaan adalah tulisan Telegu sebagai penghormatan kepada sebahagian masyarakat itu yang menetap di Bagan Datuk.

Beliau berkata, tulisan itu sebagai satu cara kempen tersendiri BN untuk masyarakat tersebut untuk menyokong kerajaan.

“Jangan ingat saya membawa pengundi dari Bangladesh, dari Nepal atau dari Pakistan. Dalam poster itu memang ada tulisan lain sikit berbanding tulisan Tamil, tapi itu bukan tulisan Bangladeshi, Benggali, itu bukan tulisan Nepali tapi itu tulisan Telegu.

“Saya buat begitu sebab saya mahu beri penghormatan kepada masyarakat Telegu di Bagan Datuk, bukan mahu bawa pengundi asing datang Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pertemuan bersama masyarakat India anjuran MyPPP di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang dekat sini. - UTUSAN ONLINE