Presiden MAYC Kebangsaan Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, kesemua mereka akan digerakkan bagi membantu calon BN sepanjang 11 hari tempoh berkempen.

Menurutnya, ini merupakan menifestasi anak muda yang bernaung dibawah MAYC mahu supaya BN meneruskan tradisi cemerlang membela nasib rakyat.

"Saya yakin dengan semangat dan kesedaran tinggi anak muda ini mereka mampu membantu BN nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita  pada Konvensyen Belia Kelantan 2018 di sini hari ini.

Perasmian konvensyen itu disempurnakan oleh Ketua Pemuda BN negeri, Muhammad Azam Ismail

Mohd. Syahbuddin memberitahu, beliau berharap golongan muda tidak tersilap langkah dalam memilih pemimpin pada PRU-14 nanti.

Tambahnya, sudah tiba masanya golongan muda memilih pemimpin yang mengotakan janji dan membela rakyat. - UTUSAN ONLINE