Kehadiran Mustapa yang kini menjadi wakil rakyat tunggal Pakatan Harapan (PH) dinantikan ramai pihak sejak persidangan tersebut bermula kelmarin.  

Difahamkan, Ahli Parlimen Jeli itu terpaksa membatalkan hasrat untuk menghadiri persidangan pada hari pertama kerana mempunyai masalah kesihatan.  

Mustapa sebelum ini mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Minggu lalu, beliau mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sekali gus menjadi wakil rakyat tunggal PH di negeri ini, setakat ini. - UTUSAN ONLINE