Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Ahmad Abdul Rahman berkata, Musa sepatutnya mengangkat sumpah pada pukul 2.30 petang ini seperti dijanjikan.

Beliau berkata, tiada sebarang alasan diberikan oleh pemimpin berkenaan tentang punca kegagalannya untuk hadir.

“Benar, sepatutnya beliau dijadualkan mengangkat sumpah pada pukul 2.30 petang hari ini namun, pihaknya telah menghubungi kami memaklumkan proses ini terpaksa ditunda.

“Bagaimanapun, surat tunjuk sebab berhubung ketidakhadiran beliau pada hari ini akan menyusul menerusi kiriman e-mel,” katanya ketika ditemui di pekarangan bangunan DUN sini hari ini. - UTUSAN ONLINE