Menerusi hantaran dalam laman Facebook beliau, Abdul Hadi menegaskan tidak pernah melobi untuk mendapatkan jawatan tersebut, malah Pas tidak pernah mencalonkan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri.


“Seingat saya Pas tidak pernah mencalonkan diri untuk menjadi Perdana Menteri atau menggelarkan diri sebagai Perdana Menteri menanti.


“Mungkin saudara Lim (Kit Siang) lebih kuat ingatannya atau lebih tinggi andaiannya,” sindir beliau.


Semalam, Kit Siang mendakwa Abdul Hadi telah mendekati kepimpinan DAP bagi mendapatkan jawatan Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Tambah Kit Siang, Pas menganggapnya sebagai musuh kerana pada masa itu DAP menolak permintaan untuk mengangkat Hadi sebagai Perdana Menteri. - UTUSAN ONLINE -