Beliau membuat pengumuman berkenaan dalam satu sidang akhbar di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Krisis Menteri Besar bermula 20 Januari lalu setelah majoriti pemimpin UMNO negeri menyatakan hilang keyakinan terhadap Mukhriz termasuk sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Sementara itu, satu sidang akhbar berhubung pelantikan Menteri Besar baharu dijadualkan pada pukul 11 pagi ini di Wisma Darul Aman.

Sidang akhbar berkenaan dijangka dihadiri oleh ADUN Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah. - UTUSAN ONLINE