Pengerusi Bersatu Johor, Datuk Osman Sapian berkata, seramai 550 perwakilan dari 26 bahagian seluruh negeri akan hadir yang bermula pukul 8.30 pagi hingga sebelah petang.

“Dalam konvensyen ini kita akan usulkan empat isu iaitu ekonomi, agama, pendidikan dan politik. Penutup akan disempurnakan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

OSMAN SAPIAN (tiga kanan) dan Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) TNB Negeri Johor, Datuk Baderul Sham Sa

OSMAN SAPIAN (tiga kanan) dan Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) TNB Negeri Johor, Datuk Baderul Sham Saad (dua kiri) menyerahkan replika kunci kepada penerima dalam Program Kembali Ke Sekolah dan Penyerahan Berkelompok Program Baiti Jannati Negeri Johor 2018 di Perumahan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kempas, Johor Bahru, Johor sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN

“Kita juga akan menjemput wakil-wakil parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH),” ujar beliau yang juga Menteri Besar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Kembali Ke Sekolah dan Penyerahan Berkelompok Program Baiti Jannati Negeri Johor 2018 di

Perumahan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kempas di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE