Muhyiddin mendapat 23,558 undi manakala Ismail memperoleh 16,631 undi dan calon Pas, Ahmad Nawfal Mahfodz hanya 2,483 undi.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, calon PKR, Dr. Sahruddin Jamal mengatasi calon BN, Mohd. Noor Taib dengan majoriti 1,273 undi.

Sementara itu, kerusi DUN Bukit Pasir menyaksikan calon Pas, Najib Lep mengalahkan calon BN, Datuk Noriah Mahat selepas memperoleh 9,835 undi.

Pengumuman tersebut dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pagoh, Zainor Adani di Pusat Penjumlahan Undi di Kompleks Sukan Pagoh, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE