Presidennya, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, orang muda kini terdedah dengan pelbagai maklumat menerusi media sosial sehingga membuatkan mereka celaru.

“Jadi, Mubarak mendekati orang muda dan kita memperbetulkan persepsi mereka.

“Pengundi muda termasuk dalam kalangan mahasiswa juga perlu diberikan fokus oleh Barisan Nasional (BN) memandangkan mereka 42.6 peratus daripada pengundi di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas program larian anjuran Pusat Perubatan Pakar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE