Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semangat itu perlu ada bagi memastikan BN kembali beroleh mandat mentadbir negara.

“Kali ini gerakkan muafakat BN. Saya hendak kita mempunyai semangat berbesar hati tidak parti mana menjadi calon. Mereka itu adalah BN.

“Kalau MCA, calon itu juga BN. Kalau MCA itu juga BN. Kalau MIC itu juga BN. Kalau ada permuafakatan ini, pada malam 9 Mei nanti saya percaya Putrajaya akan terus milik BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat, Ketua Jentera BN dan Ketua Persatuan Penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia dekat sini malam ini yang menyaksikan kehadiran lebih 3,000 penduduk.

Yang turut hadir, calon BN bagi kerusi Parlimen Wangsa Maju, Datuk Seri Yew Tiong Look dan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr. Mohd. Shafei Abdullah.

Najib yang juga Pengerusi BN merakamkan penghargaan terhadap Mohd. Shafei kerana menunjukkan taat setia dan walak terhadap parti serta kepemimpinannya.

“Beliau taat setia dan walak kepada parti serta pemimpin. Beliau kata pada saya bahawa dia adalah teman setia saya,” katanya sambil disambut sorakan para hadirin.