Mokhtar Senik
Mokhtar Senik

Pengumuman pencalonan Mokhtar yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pahang yang dianggap mengejutkan itu, dilakukan oleh Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dalam majlis pengisytiharan calon PRU-14 di Madrasah Addiniah Al-Islamiah (MADI), Jejawi Dalam di sini malam ini.

Dalam masa sama, Hashim turut mengumumkan calon Pas yang bakal bertanding di semua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua Parlimen iaitu Padang Besar dan Kangar.

Manakala calon Pas bagi Parlimen Arau tidak diumumkan pada majlis itu dan dijangka kerusi tersebut akan diwakili oleh Hashim sendiri yang pengumuman mengenainya bakal dilakukan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Pengumuman tersebut sekali gus menyaksikan Pas mengambil balik semua

tujuh kerusi yang dipinjamkan mereka kepada PKR dan DAP di kerusi DUN Indera Kayangan; Titi Tinggi; Chuping; Mata Ayer; Sena; Kuala Perlis dan Tambun Tulang dalam pilihan raya lalu.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Syukri Ramli bakal mempertahankan kerusi DUN Sanglang yang dimenanginya pada PRU-13.

Sementara itu, Mohd. Shukri berkata, pemilhan Mokhtar adalah disebabkan permintaaan Pas kawasan Padang Besar.

“Mokhtar cukup dekat dengan penduduk di Padang besar dan banyak melakukan kerja-kerja di kawasan berkenaan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Parlimen - Padang Besar - Mokhtar Senik

ADUN

Titi Tinggi - Kamis Yub

Beseri - Azamhari Mahmood

Chuping - Mohd. Ali Puteh

Mata Ayer - Mohammad Yahya

Santan - Baharuddin Ahmad

Parlimen Kangar - Mohamad Zahid Ibrahim

ADUN

Bintong - Abd. Jamil Kamis

Sena - Fakhrul Anwar Ismail

Indera Kayangan - Wan Hassan Ismail

Kuala Perlis - Mohamad Fuat Abu Bakar

Kayang - Md. Radzi Hassan

Parlimen Arau - dikosongkan untuk pengumuman kemudian

ADUN

Pauh - Idris Yaacob

Tambun Tulang - Dr. Abu Bakar Ali

Guar Sanji - Mohd. Ridzuan Hashim

Simpang Empat - Russele Eizan

Sanglang - Mohd. Shukri Ramli - UTUSAN ONLINE