MOHD. SABRI
MOHD. SABRI

Beliau memberitahu, sebaik saja keputusan mengenai kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan undangan Negeri (DUN) diketahui pada malam hari pengiraan, beliau tidak akan lagi menerajui kepemimpinan di peringkat bahagian jika masih berlaku penolakan oleh pengundi.

Dalam PRU-13, pembangkang menguasai kesemua lima kerusi berkenaan iaitu Parlimen Kuala Terengganu, DUN Ladang, DUN Batu Buruk, DUN Wakaf Mempelam dan DUN Bandar.

"Saya berjanji sejurus selepas pengumuman keputusan diperoleh malam itu dan kita masih tewas 0-5, saya akan letak jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu," ujarnya, di sini hari.

Semasa mengambil alih kepemimpinan di peringkat bahagian dalam pemilihan yang lalu beliau menyatakan hasrat melepaskan jawatan jika keputusan PRU-14 mengulangi catatan terburuk itu. - UTUSAN ONLINE