Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu berkata, beliau membuat keputusan itu kerana mahu membantu UMNO bangkit semula daripada kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Saya yakin masih mampu memberi sumbangan terutama dalam isu yang saya pernah bangkitkan sebelum ini iaitu sistem UMNO yang rosak dan tak telus akibat amalan ‘warlord’.

“Dalam UMNO perkara ini harus dikikis sebab UMNO harus dilihat sebagai parti yang kekal dengan perjuangan seperti termaktub dalam Perlembagaan. Kita perlu lebih ramai pejuang dan sistem perkaderan perlu diperbaiki,” katanya kepada pemberita di sini, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE