Jelas bekas pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban itu lagi, selepas borang pencalonannya diterima pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sudah tentu kemenangan mahu diraih.

“Saya pilih untuk bertanding bagi mengambil ruang demokrasi yang ada dan saya raih sepenuhnya.

“Saya masuk bertanding mesti mahu menang dan saya mahu bawa pembangunan berasaskan Islam di Rantau,” katanya.

Mohd. Nor yang berasal dari Gemencheh ditemui pemberita selepas selesai proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon PRK Rantau di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini hari ini.

PRK Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram, Mohd. Nor dan seorang lagi calon Bebas, R. Malarvizhi, 51. - UTUSAN ONLINE