Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, Mohd. Gazali berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia serta pengurusan projek dan kewangan menerusi karier perkhidmatannya lebih 31 tahun.

"Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 31 tahun, beliau mula berkhidmat pada 13 januari 1986 ketika dilantik sebagai pegawai tadbir dan dipliomatik (PTD)," katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Ali, Mohd. Gazali berkelulusan sarjana muda ekonomi (kepujian) dari Universiti Malaya (UM), sarjana pentadbiran pernigaan dalam bidang pengajian kewangan di Universiti of Nottingham, United Kingdom (UK) dan doktor falsafah (PhD) dalam bidang informasi dan telekomunikasi dari Waseda Universiti, Jepun.

"Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Sekysen Pembangunan Modal Insan, Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia dan Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara," katanya.

Dalam pada itu katanya, bagi pihak kerajaan Malaysia beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Adenan di atas segala sumbangan dan khidmatnya sepanjang perkhidmatan selama 37 tahun.-UTUSAN ONLINE